Monday, December 20, 2010
Finally...
Akhirnya berakhir sudah peperiksaan SIJIL PEPERIKSAAN MALAYSIA(SPM),lega rasa di hati.Alhamdulillah kertas Ekonomi tadi boleh di katakan senang la juga.Syukur kepada Allah S.W.T akhirnya aku dapat menjawab kesemua soalan dengan tenang dan aku harap kesemua jawapan aku tadi betul dan tepat.Hari ini merupakan hari yang paling mengembirakan kerana aku sudah bebas dari alam persekolahan tapi aku tak lupa semua peristiwa yang pernah berlaku.Zaman persekolahan merupakan memori yang paling indah yang tak dapat aku lupakan,sama juga dengan korangkan.Hmm..aku harap keputusan yang keluar nanti tiptop dan luar dari jangkaan.Mungkin sekejap lagi aku mahu tengok wayang,hilangkan tekanan sikit.Sampai sini sahaja aku dapat cerita...
Sunday, December 19, 2010
20.12.2010
20.12.2010 ialah hari terakhir aku berada di sekolah dan hari terakhir aku bersama kawan-kawan sekolah aku.Aku tak akan melupakan walau sedikit pun kenangan manis atau pahit bersama meraka.Walaupun ada kenangan pahit,aku akan menanggapnya sebagai kenangan manis buat diri aku.Sebentar lagi aku akan menduduki peperiksaan yang terakhir iaitu peperiksaan ekonomi asas.Aku harap sangat hari ini akan menjadi hari yang paling manis buat diri aku.Aku berharap sangat kertas ekonomi kali ini senang dari sebelumnya dan aku dapat menjawab dengan yakin.Doakan aku ya kawan-kawan!
Subscribe to:
Posts (Atom)