first of all..i really want to thank to all coachs and teachers..yang da banyak membantu dan mengajar saya ketika saya menjadi pelatih di KEM PLKN JUNACO PARK,SIBU..sampai bila2 saya tidak akan lupa jasa cikgu semua :) terlalu banyak benda baru yang telah saya pelajari di sana..dan pengalaman baru yang saya dapat dekat sana :)
All the coachs and teachers at the camp is SUPER DUPER BEST ! :) hehe.. the teachers and coachs is
MAN: C.Zukie,C.Asran,C.Abg,dan C.Rangga
WOMAN:C.Lia,C.Wawa,C.Rosmeh,C.Fizah,C.Ain,C.Yatie
MAN:C.Mawek,C.Romzi
MAN:C.Izuan,C.Tyno
WOMAN:C.Bella,C.Emma,C.Flora
MAN:C.Abir
saya masih ingat setiap perkara yang di ajar oleh cikgu semua..benda baru yang saya pelajari ialah semasa di dalam kelas PEMBINAAN KARAKTER..mulanya kelas PEMBINAAN KARAKTER itu pada tarikh 19.05.2011.. benda yang aku paling suka buat masa tu adalah PEMETAAN VISUAL.. walaupun ada sesetengahnya mengatakan pembelajaran di dalam kelas PEMBINAAN KARAKTER ni macam budak2 tadika ataupun kanak2 yang baru berumur 6 tahun punya pembelajaran..tetapi bagi aku..ia bukannya seperti pembelajaran budak2 tadika..kerana ia banyak mengajar kita bagaimana untuk menjadi seseorang yang berguna ataupun seseorang yang berjaya dalam hidup..
Sebagai contoh..kerja berkumpulan,menjadi ketua di dalam sesebuah kumpulan..memimpin kumpulan itu sehingga berjaya melakukan sesuatu aktiviti dengan sempurna..walaupun aku kurang berjaya memimpin kumpulan aku..yang agak pendiam dan kurang "talk-active" macam kumpulan lain...tapi dari situ aku dapat pelajari betapa susahnya untuk memimpin sesebuah kumpulan itu dengan berjaya jikalau tiada kerjasama..
bukannya aku mengatakan kumpulan aku ini tiada kerjasama..cuma ada sesetengah masih malu untuk menonjolkan bakat yang mereka ada..bila da malu..susah la sikit.. >.<
Haa,berbalik pada cerita tentang PEMETAAN VISUAL.. Aku menyukai subjek ini kerana ia banyak melukis dari menulis..aku lebih suka melukis dan mewarna..kerana OTAK KITAKAN SUKAKAN GAMBAR DAN WARNA :) memang bermacam2 imej wajah sedih,gembira,bercintalah..aku lukis dalam buku tu..
Sebelum mula kelas..aku masih ingat lagi..mesti ada tepuk2 semangat..hai hai hello..hello hello hai..dan cikgu2 yang mengajar kelas PK1 masa tu adalah CIKGU BELLA,CIKGU EMMA,CIKGU FLORA DAN CIKGU BIDIN..cikgu yang sentiasa HAPPENING walaupun keadaaan di dalam kelas teramat la bising..dengan para pelatih wira dan wirawati yang segelintirnya susah untuk mendengar kata mahupun arahan daripada cikgu2 tapi cikgu2 semua masih mampu memberikan senyuman yang manis :)
Sebelum mula kelas kami semua dpertontonkan dengan video..yang sangat best :) apa yang nak di sampaikan tu memang sampai :)
Masa di PK1 bermacam2 aktiviti telah di jalankan..dan semua aktiviti aku join tau..tak nak lepas satu pun...antara aktiviti yang diadakan ialah mustahil ke boleh,setuju/peduli,pendengaran aktif,tuduh-menuduh,memungkiri perjanjian,menunaikan perjanjian,kapal terbang,imej lawan diri sendiri.. aktiviti ni semua masa modul satu..dan aku masih ingat,bila kami semua ingin buat sesuatu benda atau perkara yang kami rasa susah sikit nak buat,,CIKGU2 PK1 mesti akan cakap..Mustahil ke Boleh WIRA & WIRAWATI??? mestilah kami orang semua jawab BOLEH :)
Pendengaran Aktif paling top..sampai habis PLKN di gunakan :) yang paling banyak guna subjek tu adalah BONG atau Helmi.. sampai ke pertandingan debat dia guna benda tu...memang terasa kalau siapa yang tak pasang Pendengaran Aktif..haha..
Lagi satu aktiviti yang aku ingat ialah aktiviti Kapal Terbang..HAHA..memang lawak kalau diingatkan balik...aku ingat kena buat kapal terbang tu macam aktiviti yang pernah aku buat dulu...rupan2nya lain gilaaa...Inilah akibat jika tidak menggunakan Pendengaran Aktif.. Aku tak faham arahan sangat masa tu..dan aku main buat je apa yang aku tahu..arahan dia..kapal terbang tu mestilah panjang 1cm dan lebar pun 1cm..dan yang penting mesti ada pemandu yang memandu Kapal Terbang tu..aku ingatkan manusia la..rupa2nya manusia buatan je..yang penting boleh dilihat dengan jelas oleh para juri..jadi, Kapal Terbang kumpulan aku memang tak dapat diterbangkan la..sebab tak memenuhi syarat2 yang dikehendaki...huhu sedihnya :(
Modul 2 ni pulak..bebrbeza dari Modul 1..sebab Modul 1 banyak duduk...Modul 2 ni banyak melakukan pergerakkan :) antara aktivitinya ialah menampilkan yang terbaik dari diri orang lain,bagai rumput ditiup sang bayu,ZIN,tanggungjawab dan kepimpinan,GULA-GULA(situasi menang2),sumbangan(keikhlasan),saya betul,Matlamat Impianku :),Lukisan Matlamat Yang Diimpikan :),Senarai Matlamat Jangka Pendek :),menetapkan matlamat WWWHW(what,when,why,how,who),GELUNG,pertimbangan..
Aktiviti yang best dan buat aku tergelak ialah zin dan gelung.. aktiviti Zin memang betul2 mencabar minda aku..tak dapat aku nak selesaikan..dapat selesai separuh je..haa..aktiviti Gelung memang betul2 buat aku tergelak..mana tak ye..kita orang terikut2 dengan peraturan yang cikgu sediakan sedangkan ada jalan yang lebih mudah untuk dapat markah atau mata yang banyak..kita orang pun ikut la apa yang cikgu da buat..jarak setiap markah berbeza..lagi jauh jarak dengan botol gelung tu..lagi tinggilah markah atau mata tu..hmm..kumpulan aku satu pun tak kena..kosong.. :(
Lepas da habis semua buat aktiviti tu baru cikgu tunjuk cara yang betul untuk dapat banyak markah atau mata..dengan cara macam tekan tubi tu..macam bayi baru nak belajar berjalan..asalkan kaki tepat ada dekat garisan markah tu..lepas tu..just masukkan jela gelung tu dalam botol..kalau nak markah lagi banyak..goncang jela botol tu..dapat la markah banyak...adui..senangnya..tak terfikir pula aku macam tu cara yang sebenar >.<
memang TERBAIK MODUL PEMBINAAN KARAKTER ni..sampai bila2 aku akan ingat dan akan aku praktikkan :)
No comments:
Post a Comment