Terpilih untuk menyertai PLKN ini adalah sesuatu yang tak dapat aku lupakan sampai bila2..akan ku sematkan didalam jiwa dan raga ku..menjadikannya kenangan yang paling dan teramat2 indah buat hidup ku.. jikalau aku tidak terpilih untuk menyertai PLKN ini..aku tidak akan mempunyai peluang untuk mengenali rakan2 ku yang teramat best dari pelbagai kaum..ada yang dari kaum iban..melanau..bidayuh..kenyah..melayu tulen....
kalau aku tak terpilih untuk menyertai latihan ini..tak da la aku kenal dorang ni..
WIRA CHARLIE: Razlan,Mustakim,Khairul(aerol),Zulfikri(apis),Hermandi,Kustinata,Agus,Michael,Boy,Ali,Ah Meng,Jeffri(Black),Roslan,Joanes,Bat,Alan,Jackson,Jerald,Saedon,Melchizideck,Raimy,Apaidom,Rahmat,Diedra,Sugan,Teik Leong,Ah Ho,Fadhil,Haikal,Ayol,Kechik,Along,Jutz,Ulin,Ah Hong,and Ah Loh,Jamit,Youtube..
WIRA DELTA: Amal(toyol),Lan(cermin mata),Helmi,Wan(bong),Farid,Syazwan,One,Lai,Epul,Uncle,Nick,Raden,Maxwell,Rumpang,Gilbert,Ken,Franco..
WIRA BRAVO: Udin,Azuari,Farid,Khuldi,Asmawi,Awang,Anis,Albert Tang..
WIRA ALPHA: Iskandar,Jo,Ayie,Kennedy(cecs)
tidak dapat mengenali wirawati jika aku tidak terpilih..
WIRAWATI CHARLIE: Lucy,Kasuma,Caroline,Elizabeth,Dyan,Shiela(doraemon),Zizah,Adeq Fazira,Fazilah,Adly,Anatasyia(eppiey),Mona,Lema,Waa,Tang(mama gangster :P),Alisiana,Vinuja,Farhana,Shuhadah,Fahila,Adida,Nina,GG,Hui Hui,Christine,Sim Ley Ley,Indaidom,Lia(kak long),Azurani,Sareena,Ai Ai..
WIRAWATI ALPHA,BRAVO,DELTA: Marilyn,Akk Zarina,Akk Hidayah,Kamala,Yusra,Shila,Maria,Fina and the gang..
i'm very happy got a chances to know them :) mereka SUPER DUPER best! dan yang paling gembira dan bahagia sekali adalah..aku dapat mengenali seorang gadis yang amat baik :) nama dia..SATILA :) Kejap lagi aku akan ceritakan dari mula sampai la habis,bagaimana aku mengenali diri dia..dan bagaimana aku berkomunikasi dengan dia..hee :) sekarang aku ingin memulakan cerita aku dengan kisah yang pertama..
16.5.2011
adalah tarikh aku sampai di KEM PLKN JUNACO PARK,SIBU. Mula2 aku sampai..aku memang terkejut..sebab perjalanan nak masuk ke dalam kem tu..memang jauh..tengah hutan la katakan..bila je dah sampai betul depan pintu gerbang KEM tu..walaweh...tak terkata apa2..memang lawa yang amat..banyak betul kolam2 kecik tempat menternak ikan..banyak betul duit pemilik KEM ni...itulah pandangan aku yang pertama terhadap Kem ni..
Lepas je sampai tepat depan dewan..aku turun bas..aku di sambut oleh JL KEM ni.. lepas lulus je pemeriksaan beg..aku di bawa ke dorm pelatih..tempat untuk kita orang menginap selama 3 bulan ni..
aku di sambut oleh cikgu Zukie.. masa tu aku di suruh menginap di bilik bernombor 4..Bilik no.4 tu dipenuhi oleh pelatih dari KAPIT berbangsa IBAN..
first impression aku terhadap diorang..ragu2 kot..sbb aku tak kenal lagi diorang..muka2 semua macam gangster je..aku tak dapat tidur malam tu..sbb takut barang hilang..
Singkat cerita..diorang memang terbaik..luar dari jangkaan aku..
15.7.2011
Wow,for the first time aku konduk koir..Selama aku hidup 17 tahun ni..tak pernah lagi aku join atau konduk sesebuah kumpulan nyayian atau lebih dikenali dengan gelaran koir..
Susah sebenarnya untuk membimbing dan menjadi ketua untuk sesebuah kumpulan..Mengapa aku mengatakan begini kerana setiap orang,setiap manusia mempunyai pandangan dan tingkah laku yang berbeza2..Tidak semua orang dapat menerima dan mendengar arahan ataupun nasihat daripada kita selaku leader mereka..Aku dah merasai dan melalui semua tu..dengan hati dan jiwa yang tenang.. Syukur alhamdulillah..aku dapat membimbing kumpulan koir KN5 dengan jayanya walaupun semasa latihan mereka sukar untuk mendengar arahan dan kata aku..lagi2 WIRA..Before the choir begin, i really feel like butterfly in my stomach..Gemuruh,nervous..semua ada..Syukur sangat semuanya berjalan dengan lancar dan jayanya..dan yang paling mengembirakan aku adalah KN5 telah memenangi tempat ke-3 dari 8 kumpulan..aku lega sebab kami semua telah berjaya menyahut cabaran Cikgu Tyno & Cikgu Rosmeh untuk sekurang2nya memperbaiki kedudukan..kalau siri lepas di tempat yang ke-7..dan alhamdulillah kiteorang berjaya memadam rekod buruk itu untuk melonjak 5 anak tangga..ehe..rasa macam nak menangis pun ada.. :') terharu sangat..tanpa kerjasama diorang semua..koir ini tidak akan dapat dilangsungkan dengan lancar..THANKS SANGAT2 DEKAT KORANG WEH.. :')
inilah saat dan detik yang tidak akan aku lupakan sampai bila2..Saat manis aku bermula di PLKN..Aku happy dan bersyukur sangat sebab terpilih untuk menyertai PLKN ni :')
KARNIVAL SUKAN
akhirnya..KOMPENI CHARLIE berjaya menjadi JOHAN keseluruhan..2 acara sahaja KOMPENI CHARLIE tidak dapat JOHAN..yang lain semua CHARLIE yang kaut..hehe..
aku menyertai pertandingan FUTSAL sebagai keeper utama..team yang kiteorang jumpa dahulu adalah dari KOMPENI BRAVO.. aku takut jugak mula2 sebab semuanya kaki shoot je keje..bola kencang2..
syukur alhamdulillah..kiteorang menang 3-0.. dan layak ke perlawanan akhir dan bertemu dengan KOMPENI ALPHA yang mengejutkan pasukan pilihan KOMPENI DELTA.. 1-0..
Pada perlawanan akhir..syukur alhamdulillah..kami berjaya membawa pulang JOHAN dengan mengalahkan KOMPENI ALPHA 4-0.. Hasil jaringan hatrik Joanes dan diedra satu..
Kemenangan yang tak dapat aku lupakan..akhirnya dapat jugak aku mengenggam JOHAN :)
walawehh , best best :D TAPI story ah banyak banyak sikit . aku nak tahu gak macam mana PLKN tu . haha . harap harap dapat kat junaco park doooo :D
ReplyDeletehhhaaa..banyak lagi aku nak cerita ni..sabar eh.. memang best kalau kau dapat sana weh :D
ReplyDelete